Friday, March 7, 2008

sUrVey Kat MARA

7 mac 2008

arini aku ngan che ah dapat tugasan kat luar...kitorang kena p survey 3 buah kedai setiap sorang...ari tu ada wat tapi silap arahan yang diberi...so,kitorang kena wat survey ni juga...sepatutnya ari ni aku bangunan persekutuan tapi oleh disebabkan ada masalah sikit,terpaksa dibatalkan...ari ni aku dapat peluan jaga cc xpert...best giler dapat pengalaman baru...walaupun still takut2 nak cover kat sini tapi sekarang dah ok...
tentang hasil survey td....aku nak citer ni...mula2 aku p MSF SOPPE...pemiliknya bernama Sharifah Fatimah...puan tu sporting habis walaupun dia cakap dia tak sihat...dia jual baju2 secara runcit..ada baju kurungbatik,kain untuk dibuat baju n ada ubat2an sikit..dia tak mau ceta pa2 pasal ubat2an tu sebab bukan hak milik dia...ada oran tumpan letak kat situ je...dia beli kain2 yan jual kat situ daripada pembeli biasa je...dia bukak kedai tu pada 15.8.2000..business dia maintain kat situ...
kedai ke 2,adalah milik Ku Azizah iaitu KU ZAH COLLECTION..pekerja dalaman seramai 2 orang,ada beberapa org lg pekerja dari luar...kedai kat situ ambik tempahan untuk lelaki dan perempuan..tempahannya,ada pelanggan yang bawa untuk jahit tetapi ada juak yang beli kain kat situ...kedai tu bukak dari ari isnin-sabtu,then,cuti ari ahad ja...kedai tu ada buat promosi n ada juga sponsor kelas jahitan...kedai tu juga terima tempahan langsir...harga paling murah kat situ adalah sepasang kurung biasa berharga rm 30...
kedai terakhir ialah SHAFA RC ENTERPRISE..ada perkhidmatan photostat,jual/bekal alat tulis,majalah,surat khabar,barang kelengkapan pejabat,makanan ringan dan minuman kotak/mineral selain daripada aksesori wanita...pekerja tidak tahu maklumat kedai dan hanya inform bahawa kedai tu di bawah RINA CLEANING SERVICES...

Tuesday, March 4, 2008

sURvEy kE 2

5 mac 2008

hai korang...pagi ni aku nak ceta 1 benda kat korang seperti yang aku janjikan semalam...hasil survey kitorang...kedai pertama yang kitorang survey ialah 'SR Ceria (Kangar) Sdn Bhd' yang dibuka 5 tahun lepas..kedai tu ada jual pakaian,kasut,pen,beg,barang2 mainan kanak2 serta pensil colour...awas kepada orang2 yang berniat jahat...di situ ada pasang cctv dan gerak geri anda diperhatikan...orang2 yang membeli belah di situ akan berasa selesa kerana dihiburkan dgn muzik dan kipas yg dipasang dimerata-rata tempat...promosi x dijalankan di kedai itu tetapi potongan telah diberikan terlebih dahulu sebelum menetapkan harga...stok diperoleh daripada pemborong dan kedai ini mendapat sambutan yang menggalakkan..
'Unique Wear Trading',tauke nya adalah seorang yang berbangsa china yang bernama Lee Hoo Hong...dia mengambil stoknya terus drpd kilang...butik itu tidak menjalankan promosi tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan..pekerjanya seramai 4 orang dan semuanya adalah perempuan...harga yang ditawarkan di situ adalah tetap dan tiada sebarang tawar-menawar dibenarkan...stok disitu terdira daripada pakaian prmpn...ada kemudahan aircond dan juga muzik yang mampu menghiburkan semua pelanggan...
'Sutera Tradisi Enterprise' menjual aksesori wanita,tudung dan hand bag..menyewa di bangunan MARA selama 1 tahun kontrak...gerai ni ada 2 iaitu ditingkat bawah dan tingkat atas...harga yang paling tinggi yang ditawarkan ialah RM50 tetapi boleh pelanggan boleh membuat tawaran harga...pernah berlaku kecurian di kedai ni dimana seorang pelanggan mengambil rantai tanpa membayarnya...namun,telah diambil tindakan oleh pekerja kedai tersebut...
'Artist Galerry' yang dibuka 3 tahun lepas menjual cd/vcd/kaset/dvd original...galery ni mempunyai banyak cawangan di Malaysia...tuan nya berbangsa china yang bernama Eng Beng Huan dan mempunyainya 3orang pekerja...
'Kah GR Sdn Bhd' menjual pakaian lelaki sahaja...pemiliknya berbangsa cina yang bernama Lat Kit Chow...harga yang diletakkan adalah tetap tetapi setiap pembelian akan diberikan cenderahati...ini dapat menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke butik tersebut...
Setelah memulakan perniagaan 8 tahun yang lalu oleh pasangan benggali yang menjual barang2 hantaran,aksesori wanita,beg dan dompet...pada mulanya mereka enggan memberikan kerjasama namun setelah dipujuk berulang2 kali,pemilik kedai itu memberikan respon psitif walaupun kurang mesra...mereka menawarkan perkhidmatan menjual dan membuat hantaran mengikut kehendak pelanggan...harga mengikut bajet pelanggan...'Wanita Aksesori' x menyediakan pakaian untuk pengantin kecuali hantaran...
'Am Sherry' dibuka 11 tahun lalu menjual bunga,barang2 perkahwinan menerima banyak tempahan daripada pelanggan...x melakukan promosi dan pelanggan terus tempah tanpa meletakkan bajet kerana kedai ini merupakan kedai termurah di situ...jika pelanggan membawa barang untuk digubah menjadi hantaran,pemilik tidak mengenakan sebarang bayaran kecuali harga untuk gam yang digunakan...bunga2 segar dipesan terus daripada Cameroon Highland..pemiliknya menyertai kursus dalam bidang ini pada tahun 70an kerana minat dgn bidang ini...
'Azza's Little Bistro' dimiliki oleh pemilik bumiputera telah memulakan operasi selepas raya haji tahun lepas...makanan yang dijual sungguh enak dan harga yang berpatutan...puan Azzarisyah menarik perhatian pelanggan pd setiap hujung minggu melalui bau masakan yang menyenangkan...namun,pada hari isnin-khamis,sambutan kurang memberansangkan...
'Perniagaan Seri' dimiliki oleh peniaga berbangsa cina yang bernama Leng Chong Wei sejak 10 tahun lalu...kedai ini adalah berpindah daripada bangunan Looking Good 1 ketika dahulu...staff nya seramai 3 orang terdiri drpd wanita mendapatkan stok mereka drpd pemborong...tak menjalankan promosi tetapi ada cctv yg dipasang sekitar kedai itu...mereka jg mempunyai pelanggan tetap....
'SF Sejati Ent' menjual barang2 lelaki dan perempuan...membuat offer tentang harga barang dengan pelanggan...pmiliknya,Gooi Swee Feng membuka 3 cawangan di sekitar Perlis...harga sewa bg kedai mereka sebanyak RM1500 sebulan...
Alhamdulliah...siap la tugasan aku yang semalam...Aminn...

Monday, March 3, 2008

HaRi tUgASaN LuAr

4 mac 2008

salammmm......

pagi ni che ah dapat msj daripada encik zizan...kitorang ada tugasan luar...kitorang kena g survey dari kedai ke kedai kt bangunan the store...pengalaman baru ni...tugasan semalam dah siap dengan jayanya...harap2 kali ni pun sama gak...InsyaALLAH...ptg ni kitorang g uitm...macam biasa la...tapi semalam tak p coz tak ada customer...dalam kul 11 jap g,kuar la untuk tugasan luar...kul 1 balik sini pastu rehat...then dalam kul 2.15 ptg,naik bas plak
che ah ni entah dah siapkan tugasan semalam atau belum...ntah ape2 la...emmm...lambat betul aku blaja kali ni...adobe photoshop n publisher tak dapat tangkap sangat la...nak kuasai nota2 pentingnya dulu...pastu buat latihan n mintak tunjuk ajar sifu2 kat sini...harap2 bleh kuasai secepat mungkin coz ada 2 iklan kena siapkan...baru cari maklumat...belum mula start lagi...
bila ada kesempatan kat umah,aku cuba wat sendiri tapi tak pernah jadi pun...tension tul la...ok la...aku nak baca nota ni sementara tggu kul 11...then,buat tugasan kat luar...nanti aku citer la hasil survey kitorang ari ni...k,salam muhibbah...

Sunday, March 2, 2008

SuRveY iCt

3 mac 2008

salam...ari ni aku ada tugasan kat luar...aku dan che ah ditugaskan survey kedai2 komputer yang dibuka dekat mara ni...target boss aku kitorang mesti dapatkan 5 buah kedai...tapi alhamdulillah,kitorang dapat 7 buah kedai...
kedai pertama yang aku nak ceta ialah 'Villanet Cyber Cafe'...kedai tu ada perkhidmatan printingscanning,burn cd,search laman web,bleh tempah kad kahwin,ada kelas komputer,design t-shirt,typing,format pc,ada juga sediakan kursus kemahiran komputer... cyber cafe tu bagus...ada aircond,pekerja kat situ pun mesra pelanggan...komputer kat situ bersaiz 20"...
kedai ke2 ialah'IT Busines Centre Cyber Cafe'...kat situ ada kemudahan internet surfing,type setting and scanning,kelas komputer,juga disediakan selain daripada cetak kad undangan,menjual komputer,servis dan upgrade...cyber cafe tu tak ada kemudahan air cond,tapi ada kemudahan kipas...pelaggan di dalam kedai tak ramai...mungkin disebabkan ari ni bukan ujung minggu...
'Take Two Counter Net' langsung tidak mempunyai pelanggan...walaupun kemudahan air cond disediakan untuk keselesaan pelanggan,namun,disebabkan bau yang kurang menyenangkan di anak2 tangga ke kedai itu menyebabkan kedai tu tak dapat tarik pelanggan ke situ...
'D-Zone Cyber Net' menyedaikan perkhidmatan internet,web search,printing,MIRC,type setting,scanning,e-mail,burn cd,jualan aksesori komputer...kdai tu tiada kemudahan komputer...kawasan kedai yang sempit menyebabkan tidak mampu menampung bilangan komputer yang banyak...
'Computer Information Centre' berurusniaga melalui kelas2 komputer dengan bayaran sebanyak rm50 sebulan,dan rm2 untuk 1 jam penggunaan komputer...jika dilihat dari luaran,seolah2 terdapat kemudahan hawa dingin tetapi apabila menjejakkan kaki ke dalam kawasan kedai,sangkaan kami meleset sama sekali...pelajar2 yang berdaftar diberi kemudahan percuma 3 jam untuk melayari internet...
Di 'Cyber Cafe" yang terletak bersebelahan dengan pasaraya The Store berurus niaga pada hari isnin-jumaat dari pukul 10.30 pg-6.30 ptg manakala pada hari sabtu dari jam 10 pg-6.30 ptg...mengenakan bayaran rm2 sejam..menawarkan perkhidmatan seperti internet surfing,tempahan menaip,perkhidmatan cetak,graphic design...ruang kedai yang sempit memuatkan haya 8 buah komputer sahaja termasuk pc utama...
Akhir sekali,dalam perjalanan pulang,kami terlihat 'Tsunami Computer Centre' yang menjual dan membaiki komputer serta internet upgrade...kami tidak melihat kawasan2 kedai kerana kesuntukan masa...
Tugasan ni aku siapkan sebelum jam 1.30 ptg dan kelur meken bersama2 syard,che ah,surie n bib...tugasan ari ni sungguh hebat kerana berpeluang mencari kdai2 komputer yang terdapat di sekitar pekan kangar...ptg ni tak perlu ke UiTm so,aku nak ambik peluang ni nak belajar...byee...