Friday, March 7, 2008

sUrVey Kat MARA

7 mac 2008

arini aku ngan che ah dapat tugasan kat luar...kitorang kena p survey 3 buah kedai setiap sorang...ari tu ada wat tapi silap arahan yang diberi...so,kitorang kena wat survey ni juga...sepatutnya ari ni aku bangunan persekutuan tapi oleh disebabkan ada masalah sikit,terpaksa dibatalkan...ari ni aku dapat peluan jaga cc xpert...best giler dapat pengalaman baru...walaupun still takut2 nak cover kat sini tapi sekarang dah ok...
tentang hasil survey td....aku nak citer ni...mula2 aku p MSF SOPPE...pemiliknya bernama Sharifah Fatimah...puan tu sporting habis walaupun dia cakap dia tak sihat...dia jual baju2 secara runcit..ada baju kurungbatik,kain untuk dibuat baju n ada ubat2an sikit..dia tak mau ceta pa2 pasal ubat2an tu sebab bukan hak milik dia...ada oran tumpan letak kat situ je...dia beli kain2 yan jual kat situ daripada pembeli biasa je...dia bukak kedai tu pada 15.8.2000..business dia maintain kat situ...
kedai ke 2,adalah milik Ku Azizah iaitu KU ZAH COLLECTION..pekerja dalaman seramai 2 orang,ada beberapa org lg pekerja dari luar...kedai kat situ ambik tempahan untuk lelaki dan perempuan..tempahannya,ada pelanggan yang bawa untuk jahit tetapi ada juak yang beli kain kat situ...kedai tu bukak dari ari isnin-sabtu,then,cuti ari ahad ja...kedai tu ada buat promosi n ada juga sponsor kelas jahitan...kedai tu juga terima tempahan langsir...harga paling murah kat situ adalah sepasang kurung biasa berharga rm 30...
kedai terakhir ialah SHAFA RC ENTERPRISE..ada perkhidmatan photostat,jual/bekal alat tulis,majalah,surat khabar,barang kelengkapan pejabat,makanan ringan dan minuman kotak/mineral selain daripada aksesori wanita...pekerja tidak tahu maklumat kedai dan hanya inform bahawa kedai tu di bawah RINA CLEANING SERVICES...

Tuesday, March 4, 2008

sURvEy kE 2

5 mac 2008

hai korang...pagi ni aku nak ceta 1 benda kat korang seperti yang aku janjikan semalam...hasil survey kitorang...kedai pertama yang kitorang survey ialah 'SR Ceria (Kangar) Sdn Bhd' yang dibuka 5 tahun lepas..kedai tu ada jual pakaian,kasut,pen,beg,barang2 mainan kanak2 serta pensil colour...awas kepada orang2 yang berniat jahat...di situ ada pasang cctv dan gerak geri anda diperhatikan...orang2 yang membeli belah di situ akan berasa selesa kerana dihiburkan dgn muzik dan kipas yg dipasang dimerata-rata tempat...promosi x dijalankan di kedai itu tetapi potongan telah diberikan terlebih dahulu sebelum menetapkan harga...stok diperoleh daripada pemborong dan kedai ini mendapat sambutan yang menggalakkan..
'Unique Wear Trading',tauke nya adalah seorang yang berbangsa china yang bernama Lee Hoo Hong...dia mengambil stoknya terus drpd kilang...butik itu tidak menjalankan promosi tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan..pekerjanya seramai 4 orang dan semuanya adalah perempuan...harga yang ditawarkan di situ adalah tetap dan tiada sebarang tawar-menawar dibenarkan...stok disitu terdira daripada pakaian prmpn...ada kemudahan aircond dan juga muzik yang mampu menghiburkan semua pelanggan...
'Sutera Tradisi Enterprise' menjual aksesori wanita,tudung dan hand bag..menyewa di bangunan MARA selama 1 tahun kontrak...gerai ni ada 2 iaitu ditingkat bawah dan tingkat atas...harga yang paling tinggi yang ditawarkan ialah RM50 tetapi boleh pelanggan boleh membuat tawaran harga...pernah berlaku kecurian di kedai ni dimana seorang pelanggan mengambil rantai tanpa membayarnya...namun,telah diambil tindakan oleh pekerja kedai tersebut...
'Artist Galerry' yang dibuka 3 tahun lepas menjual cd/vcd/kaset/dvd original...galery ni mempunyai banyak cawangan di Malaysia...tuan nya berbangsa china yang bernama Eng Beng Huan dan mempunyainya 3orang pekerja...
'Kah GR Sdn Bhd' menjual pakaian lelaki sahaja...pemiliknya berbangsa cina yang bernama Lat Kit Chow...harga yang diletakkan adalah tetap tetapi setiap pembelian akan diberikan cenderahati...ini dapat menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke butik tersebut...
Setelah memulakan perniagaan 8 tahun yang lalu oleh pasangan benggali yang menjual barang2 hantaran,aksesori wanita,beg dan dompet...pada mulanya mereka enggan memberikan kerjasama namun setelah dipujuk berulang2 kali,pemilik kedai itu memberikan respon psitif walaupun kurang mesra...mereka menawarkan perkhidmatan menjual dan membuat hantaran mengikut kehendak pelanggan...harga mengikut bajet pelanggan...'Wanita Aksesori' x menyediakan pakaian untuk pengantin kecuali hantaran...
'Am Sherry' dibuka 11 tahun lalu menjual bunga,barang2 perkahwinan menerima banyak tempahan daripada pelanggan...x melakukan promosi dan pelanggan terus tempah tanpa meletakkan bajet kerana kedai ini merupakan kedai termurah di situ...jika pelanggan membawa barang untuk digubah menjadi hantaran,pemilik tidak mengenakan sebarang bayaran kecuali harga untuk gam yang digunakan...bunga2 segar dipesan terus daripada Cameroon Highland..pemiliknya menyertai kursus dalam bidang ini pada tahun 70an kerana minat dgn bidang ini...
'Azza's Little Bistro' dimiliki oleh pemilik bumiputera telah memulakan operasi selepas raya haji tahun lepas...makanan yang dijual sungguh enak dan harga yang berpatutan...puan Azzarisyah menarik perhatian pelanggan pd setiap hujung minggu melalui bau masakan yang menyenangkan...namun,pada hari isnin-khamis,sambutan kurang memberansangkan...
'Perniagaan Seri' dimiliki oleh peniaga berbangsa cina yang bernama Leng Chong Wei sejak 10 tahun lalu...kedai ini adalah berpindah daripada bangunan Looking Good 1 ketika dahulu...staff nya seramai 3 orang terdiri drpd wanita mendapatkan stok mereka drpd pemborong...tak menjalankan promosi tetapi ada cctv yg dipasang sekitar kedai itu...mereka jg mempunyai pelanggan tetap....
'SF Sejati Ent' menjual barang2 lelaki dan perempuan...membuat offer tentang harga barang dengan pelanggan...pmiliknya,Gooi Swee Feng membuka 3 cawangan di sekitar Perlis...harga sewa bg kedai mereka sebanyak RM1500 sebulan...
Alhamdulliah...siap la tugasan aku yang semalam...Aminn...

Monday, March 3, 2008

HaRi tUgASaN LuAr

4 mac 2008

salammmm......

pagi ni che ah dapat msj daripada encik zizan...kitorang ada tugasan luar...kitorang kena g survey dari kedai ke kedai kt bangunan the store...pengalaman baru ni...tugasan semalam dah siap dengan jayanya...harap2 kali ni pun sama gak...InsyaALLAH...ptg ni kitorang g uitm...macam biasa la...tapi semalam tak p coz tak ada customer...dalam kul 11 jap g,kuar la untuk tugasan luar...kul 1 balik sini pastu rehat...then dalam kul 2.15 ptg,naik bas plak
che ah ni entah dah siapkan tugasan semalam atau belum...ntah ape2 la...emmm...lambat betul aku blaja kali ni...adobe photoshop n publisher tak dapat tangkap sangat la...nak kuasai nota2 pentingnya dulu...pastu buat latihan n mintak tunjuk ajar sifu2 kat sini...harap2 bleh kuasai secepat mungkin coz ada 2 iklan kena siapkan...baru cari maklumat...belum mula start lagi...
bila ada kesempatan kat umah,aku cuba wat sendiri tapi tak pernah jadi pun...tension tul la...ok la...aku nak baca nota ni sementara tggu kul 11...then,buat tugasan kat luar...nanti aku citer la hasil survey kitorang ari ni...k,salam muhibbah...

Sunday, March 2, 2008

SuRveY iCt

3 mac 2008

salam...ari ni aku ada tugasan kat luar...aku dan che ah ditugaskan survey kedai2 komputer yang dibuka dekat mara ni...target boss aku kitorang mesti dapatkan 5 buah kedai...tapi alhamdulillah,kitorang dapat 7 buah kedai...
kedai pertama yang aku nak ceta ialah 'Villanet Cyber Cafe'...kedai tu ada perkhidmatan printingscanning,burn cd,search laman web,bleh tempah kad kahwin,ada kelas komputer,design t-shirt,typing,format pc,ada juga sediakan kursus kemahiran komputer... cyber cafe tu bagus...ada aircond,pekerja kat situ pun mesra pelanggan...komputer kat situ bersaiz 20"...
kedai ke2 ialah'IT Busines Centre Cyber Cafe'...kat situ ada kemudahan internet surfing,type setting and scanning,kelas komputer,juga disediakan selain daripada cetak kad undangan,menjual komputer,servis dan upgrade...cyber cafe tu tak ada kemudahan air cond,tapi ada kemudahan kipas...pelaggan di dalam kedai tak ramai...mungkin disebabkan ari ni bukan ujung minggu...
'Take Two Counter Net' langsung tidak mempunyai pelanggan...walaupun kemudahan air cond disediakan untuk keselesaan pelanggan,namun,disebabkan bau yang kurang menyenangkan di anak2 tangga ke kedai itu menyebabkan kedai tu tak dapat tarik pelanggan ke situ...
'D-Zone Cyber Net' menyedaikan perkhidmatan internet,web search,printing,MIRC,type setting,scanning,e-mail,burn cd,jualan aksesori komputer...kdai tu tiada kemudahan komputer...kawasan kedai yang sempit menyebabkan tidak mampu menampung bilangan komputer yang banyak...
'Computer Information Centre' berurusniaga melalui kelas2 komputer dengan bayaran sebanyak rm50 sebulan,dan rm2 untuk 1 jam penggunaan komputer...jika dilihat dari luaran,seolah2 terdapat kemudahan hawa dingin tetapi apabila menjejakkan kaki ke dalam kawasan kedai,sangkaan kami meleset sama sekali...pelajar2 yang berdaftar diberi kemudahan percuma 3 jam untuk melayari internet...
Di 'Cyber Cafe" yang terletak bersebelahan dengan pasaraya The Store berurus niaga pada hari isnin-jumaat dari pukul 10.30 pg-6.30 ptg manakala pada hari sabtu dari jam 10 pg-6.30 ptg...mengenakan bayaran rm2 sejam..menawarkan perkhidmatan seperti internet surfing,tempahan menaip,perkhidmatan cetak,graphic design...ruang kedai yang sempit memuatkan haya 8 buah komputer sahaja termasuk pc utama...
Akhir sekali,dalam perjalanan pulang,kami terlihat 'Tsunami Computer Centre' yang menjual dan membaiki komputer serta internet upgrade...kami tidak melihat kawasan2 kedai kerana kesuntukan masa...
Tugasan ni aku siapkan sebelum jam 1.30 ptg dan kelur meken bersama2 syard,che ah,surie n bib...tugasan ari ni sungguh hebat kerana berpeluang mencari kdai2 komputer yang terdapat di sekitar pekan kangar...ptg ni tak perlu ke UiTm so,aku nak ambik peluang ni nak belajar...byee...

Friday, February 29, 2008

pAGi YaNG BerMaKnA

1 mac 2008

ari ni besday ayah aku...selamat hari lahir ayah...semoga dipanjangkan umur dan sihat2 selalu...pagi2 lagi kitorang dah kena...che ah g latihan taekwando pagi ni n ajak aku sekali...kitorang bgtau encik zizan tapi tak bagitau kat irsyad...hehe...dia denda kitorang 2 minggu tanpa cuti...standard la tu coz kitorang dah buat salah...che ah ni asyik merungut ja dapat denda yang bagus pun x puas ati lg...macam2 hal...kemarin cuti pun x bgtau kat irsyad atau encik zizan...trus-terangla...aku xtau sebenarnya...tapi kira ok la...belajar dari kesilapan...
tengok che ah tu...tension semacam dia...kesian kt dia...
ari khamis ari tu lagi best...che ah bawak cpu...aku suh dia tggu dlm bas coz aku nak g ambik iklan kt kedai...ntah bas mana dia naik...aku naik bas p felda 20,uitm pun,x nampak bayang dia...aku tepon la tanya dia kat mana...dia naik bas lama yang irsyad gtau dulu...kehkehkeh...mati dia ditertawakan...bib,syard pun tau coz aku bgtau...jadi bahan ketawala che ah ari tu...nakal betul aku...
kemarin aku cuti...tak g mana2 pun...skang ni musim ujan...aku dok umah je la...masak,basuh baju...haaa...kemarin aku ubahsuai bilik aku...bawak masuk almari utk komputer...arini kena bawak balik komputer...mak aku dah bayar separuh...sok selebihnya...so,malam ni bleh la balik belajar buat iklan sampai betul2 bagus...
k la...nanti aku tulis lagi...sesungguhnya denda ni amat bermakna untuk aku terus belajar dari kesilapan!!!!

Tuesday, February 26, 2008

LiFe iS SimpLe

27 februari 2008

ari ni moody sikit...sory ar...smlm ada masalah ngan sepupu aku...semalam masa kat team,aku belajar format komputer dan install skali...sekarang cuma nak rajin2 praktis je sebelum aku install komputer customer...skang ni aku belum yakin lg...sepanjang aku berada kt UiTM,aku dah dapat rm15...boleh dikatakan 1 pencapaian yang memberangsangkan la coz aku masih dalam tempoh belajar lg...
petang ni aku g UiTM lg...dah ada panggilan dari customer pg ni...aku kt sini,aku ada masalah kewangan sikit...yela...ayah aku skang dah x ada keje tetap dah...sejak dato zahidi x dicalonkan bertanding dalam pilihanraya,keje ayah aku dah terumbang-ambing...so,apa yang aku dapat,aku terus serahkan kt mak aku...tapi aku tetap gatau kt bib coz dia nak masukkan kt dalam buku kumpulan...
jap lg bila ada masa lapang,aku nak wat iklan kumpulan...harap2 sempat coz jap lg ada kelas dengan cik zen...best kelas dia...rasa macam tgah belajar ngan rakan sebaya,padahal dia boss aku...aku dah semakin ngam ngan team kt sini...irsyad,bib,surie dah semakin boleh terima kehadiran aku kt sini...irsyad ngan che ah asyik syorkan aku masuk team diorang...x tau la pasal pa...tapi ok jugak sebab aku dapat settle 1 masalah iaitu tambang untuk tugasan luar coz jumaat ni che ah nak dpat lesen moto dah...bg lulus ujian je dah...bolehla wat keje kt luar dgn dia...
mayb ujung minggu ni aku beli laptop utk memudahkan keje2 aku nanti...ok la tu...duit aku dapat,semua aku bg kt mak aku...yg tu je la...boleh bantu juga apa yang patut...tinggal duit tambang nak g keje2 kt luar je la...k la...nanti kalau aku ada masa,aku coretkan lg kat blog ni...korang ambik yang baik je dari blog aku ni...yang x baik jangan jadi ikutan...k,salam muhibah...

Thursday, February 21, 2008

EmErgEncY cAsE!!!!!

hai...

jumpa lagi... pg td tak sempat nak coret pnjg2 coz td cik zizen masuk untuk kelas... cik zen menggalakkan kitorg wat blog masing2 supaya senang kitorang nak lepaskan tension masing2... katanya,sapa2 yg ada problem bleh luahkan kt sini... lgpun memudahkan ktorg cerita ilmu yg kitorg dpt kt cni... ptg ni sibuk sgt... ramai betul org... che ah,surie n bib kt bgunan mara... ha! sabtu ni ada keje kt luar... dpt jgak cari pengalaman dlm bidang keusahawanan... dulu pun aku blaja perdagangan kt skolah,so secara tak langsung dpt jgak membantu aku nanti...
petang ni aku jd kayu sikit... aku tak pandai lagi nak jaga pc utama iaitu kaunter pembayaran... so,ambik masa sikit... yang nak diserabutkan kepala plak,dlm masa tu jgak,customer2 pggl sbb mcm2 hal... lagi la aku serabut... cik elfi plak,sibuk... dia pun tak menang tangan... glamour jgak team ni ye.... dlm serabut2 aku,macam2 aku wat salah... salah tekan la semasa nak bayar... nasib baik lepas tu cuk elfi tlg betulkn apa yg salah... sory cik zen... insyaallah lepas ni saya belajar daripada pengalaman... pengalaman yg mematangkan diri... tul tak???? tp apa2 pun,salah aku jugak... maklumla aku pelatih baru kt sini... bru 2 ari... so,tak hairan la aku belum mahir lg...
malam ni kena discuss ngan mak aku... pasal pembelian komputer tu... cik zen cakap,aku baru je start,kalau dah lama tu tak pe la nak percyakan aku n bg aku bayar ansuran... harga komputer tu pun tak mahal sgt selepas di beri diskaun... rm440 ja... boleh lg tu bawa bincang ngan mak aku... kalau dia tak mampu lg,terpaksala aku susahkan che ah ngan family dia... esok aku cuti...setiap jumaat... bolehla basuh baju yang tak sempat dibasuh tu... aku dah pesan kt mak aku siap2... jgn manjakan aku dan tlg basuhkan baju2 aku... aku nan blaja wat sendiri...
ari ni,aku balik kul 6...cik zen dah bg kebenaran coz che ah ngan daddy dia ada problem... daddy dia tak bg balik lebih dari pukul 6... so,ikut je la... aku ni tumpang dia je... kadang2 rasa menyusahkan diorg ja... tp che ah yg kata ok... so,nak tolak pun teragak2 la coz dia bestfriend aku... apa2 pun,ari ni dah berlalu kt team cc xpert... kontrak pun belum sain lg... maknanya ada lebih dr 3 bulan lg la... ok... ape2 pun,yang baik jadikan panduan,yang buruk jadikn teladan... semoga aku tak ulang kesalahan aku bnyk2 kali... amin............
so,jumpa la nanti... dah pukul 6... aku nak balik la... bye2!!! c u...........

Wednesday, February 20, 2008

21 februari 2008

ari ni second day aku kat sini... smlm mak aku bg cadangan,dia nak beli laptop untuk aku... tp aku kena discuss ngan en zizen coz nak beli laptop terpakai dgn harga bawah rm500 n bayar secara ansuran... sapa nak bg beb!!!! tp aku nak try dulu... at least aku mencuba... spatutnya ari ni aku ada tugasan kt luar,tapi disebabkan semalam che ah cakap kena p test moto lagi,terpaksa dibatalkan... kalau tak,ari nie aku dapat peluang nak berinteraksi ngan orang ramai...
tapi ok jugak sebab dapat belajar komputer lg ngan che ah... nnt la tulis lg... daaaaaaaa.........

Tuesday, February 19, 2008

20 februari 2008

first day aku kat team xpert... mula2 tak biasa jg,ta bila tengok tenaga pengajar kat sini,rasa best jgak... mungkin betul kata org tua2,tak kenal maka tak cinta... cheewah!!! tapi betul gak kan???? che ah tak2 habis2 mengusik aku... tadi dalam kelas,aku dapat 1 pembelajaran yang patut aku ingat sampai mati... betul jg,masa remaja bukan masa untuk enjoy suka2 ja... masa ni la waktu arg cari ilmu... aku dapat member baru;bib n irsyad... kalau salah ejaan,sory laaaa.... kawan2 kat sini setakat ni memang banyak membantu la... selepas ni tak tau la macamana...
mggu dpan,aku di tempatkan dgn surie pulak... dia plak jd 'sifu' aku... tp kira ok jugak la coz dah pernah bekerjasama ngan dia masa kat sekolah dulu... ari ni aku dah dapat kuasai microsoft powerpoint... maklumla first day... terpaksala aku merangkak dari bawah... sikit2,lama2 jd bukit... esok aku naik bas lg dtg sini,che ah g ambik lesen moto lg... lepas ni terpaksa susahkan daddy che ah nak dtg jmput kitorg... tp lepas che ah dpt lesen P,bolehla tumpang dia... blaja kt sini,teringat SMKTS yg aku tinggalkan... tp next week,aku tetap a sana... ambik result spm... masya ALLAH,takut betul... harap2 dapat result power la... mungkin bila aku dpt keje yg baik,giliran aku plak balas jasa kdua ibu bapa aku... family aku bukan la senang mcm family che ah... mak ayah aku terpaksa bekerja keras sekolahkan kami adik beradik...
aku ada masalah kuarga sikit... abg aku yg sulong;sama bapak lain ayah... dia masih tak dapat nak terima kuarga kami... masih tak dapat nak mengaku kitorang adik beradik dan jg masih tak mengaku ayah aku sebagai ayah kandung dia...mayb aku salah sangka tp seumur hidup aku belum pernah dia panggil aku 'adik'... frust jgk la... tp aku yakin,satu ari nanti,tentu dia dpt terima hakikat bahawa kitorang adalah darah daging...
aku terpaksa minta kebenaran encik zen supaya benarkan aku bercuti pd ari jumaat ni... aku terpaksa ke jabatan pendaftaran coz nak buat i/c adik aku... ntah mana dia hilangkan i/c dia... pelarian la dia tu sebab tak ada i/c... harap2 encik zen bg kebenaran aku cuti jumaat nie... mak aku tak bersekolah,so,dia tak reti nak isi pelbagai jenis borang... ayah aku tak dapat cuti coz sibuk ngan pilihanraya... ayah aku keje sbg pekerja am kt situ... mcm2 keje dia wat... sapu sampah,tampal poster,n lain2 lagi la...kdang2 sampai malam dia keje... so,aku kena memahami keje dia,tlg apa yang patut kt umah,tgokkan adik aku supaya dia tak mudah terpengaruh ngan budak2 nakal kat luar... tu la rutin seharian aku kt umah... samada org lain percaya atau tidak,terserahla kepada diorg,.. tp memang itu aktiviti harian aku... cara aku lepaskan tension adala dgn membaca novel... masa tu,memang aku dpt lupakan masalah aku...
so,cukupla untuk ari nie,bila ada kelapangan,aku akan mencoret lagi... daaaaa....